SmpAikNLAh bEritA gMbirA kpD oRg2 yG sBR..=)

06 March 2011

Tazkirah hari ahad =p

•Apabila semuanya serba tidak kena, dan anda tidak tahu apa lagi yang hendak dilakukan... ingatlah... anda masih boleh bersandar kepada Dia Yang Maha Mengasihi...

• Apabila hidup diselubungi kegelapan, semuanya silap, carilah sinar itu dari Dia Yang Memberi Cahaya.

• Apabila dibelenggu masalah sedangkan tiada sesiapa pun yang mahu mengambil kisah, ingatlah pada Dia yang tidak pernah melukakan hatimu kerana Dia Maha Adil.

• Apabila hati terluka dan kesakitan itu menumbangkan kudratmu, jangan berputus asa kerana Dia melihat segala-galanya.

• Apabila lemah tidak bermaya sedangkan perjalanan masih jauh perlu diharungi, carilah kekuatan itu dari Yang Maha Perkasa.

• Apabila hidup ini dirasakan seperti beban, segala-galanya goyah, bangunkan semula kota semangat itu dengan keyakinan bahawa itulah iradat-Nya.

• Apabila jalan di depan digelapi mendung sedangkan tiada sesiapa di sisi yang sudi menemani, carilah jalan lurus itu dari Dia, yang menjadi satu-satunya panduan hidup.

• Apabila orang di sekeliling tidak mahu mendengar suara dan keluhanmu, jangan kecewa kerana Dia Maha Mendengar.

• Apabila miskin dan papa, anda terperangkap dalam kesempitan, ingatlah kepada Dia Yang Maha Kaya.

• Apabila anda dalam kedukaan sedangkan tiada tempat untuk melarikan diri, mengadulah kepada Dia Yang Satu.

• Apabila keseorangan dan kedukaan itu seperti tiada penghujungnya, serahkan dirimu kepada Dia... satu-satunya tempat yang boleh digantungkan harapan.

• Dan apabila parut lukamu dicederakan lagi, hatimu dicakari kebimbangan, ingatlah bahawa Dia sentiasa bersama orang-orang yang sabar. =)

1 comments:

Anonymous said...

ye, aku mesti SABAR, sentiasa BERSABAR, hehehe(shilal0vest lashi)